Cari @ Amanz

Spotify kini mempunyai lebih 108 juta pengguna berbayar di seluruh dunia dan 232 juta pengguna aktif bulanan secara keseluruhan. Ini melayakkan mereka memegang gelaran sebagai perkhidmatan penstriman audio nombor satu dunia. Untuk kenikmatan sebenar, Spotify Premium kini ditawarkan selama tiga bulan percuma kepada pengguna yang layak.

Untuk menikmati langganan Spotfiy Premium percuma selama tiga bulan, anda perlu melakukan pembayaran mengguna kad kredit dan tidak pernah melanggan sebelum ini. Terdapat juga tawaran Spotify Premium selama tiga bulan pada harga RM14.90 kepada pengguna yang telah menamatkan langganan sebelum ini. Tetapi jika anda membayar melalui syarikat telekomunikasi, langganan tiga bulan ditawarkan pada harga RM15.90 kepada pengguna baharu sahaja.

Harus diingatkan tawaran ini tidak boleh dinikmati oleh pengguna yang menamatkan langganan selepas 19 Oktober 2019. Pada waktu yang sama promosi musim cuti ini akan ditawarkan sehingga 1 Januari 2020 sahaja. Untuk terma dan syarat lebih lengkap sila ke pautan Spotify di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd