Deezer HiFi Kini Boleh Disitrim Pada Aplikasi Android, iOS & Dari Web

Deezer HiFi Kini Boleh Disitrim Pada Aplikasi Android, iOS & Dari Web

Diterbitkan pada November 19, 2019 oleh .

Deezer adalah perkhidmatan penstriman muzik, sama seperti Spotify atau Tidal. Ia juga perlu dilanggan secara bulanan, RM14.90 untuk individu atau RM22.35 untuk keluarga. Seperti Tidal, Deezer juga mempunyai pelan khas untuk kualiti audio berkualiti tinggi melalui Deezer HiFi yang menawarkan muzik dalam format FLAC. Format FLAC ini terhad kepada pendengaran di desktop sahaja.

Terkini, Deezer telah membawakan Deezer HiFi kepada Android, iOS dan juga web. Secara tidak langsung bersaing dengan Tidal yang sudah menawarkan kualiti Master mereka kepada semua platform. Di Malaysia, Deezer menawarkan langganan premium percuma sebulan dan kemudian pengguna akan terus dicaj RM14.90 sebulan.


TIPS & ULASAN