Cari @ Amanz

UnionPay Bekerjasama Dengan Boost Dan GoPayz Untuk Meningkatkan Pilihan Bayaran Nirtunai Untuk Rakyat Malaysia

Oleh Nazrin

Link Copied!

Malaysia boleh dikatakan diantara negara-negara di Asia Tenggara yang mempunyai banyak dompet nirtunai yang boleh digunakan untuk membeli barangan di kedai-kedai di Malaysia.

Terkini, UnionPay International telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan dompet nirtunai Boost dan juga GoPayz untuk menambahkan kawasan pembayaran nirtunai untuk rakyat Malaysia bukan sahaja secara domestik, tetapi juga di lokasi-lokasi luar negara.

Ciri UnionPay QR kini boleh diaktifkan melalui aplikasi Boost, dimana jika pengguna Boost melakukannya sebelum 31 Disember tahun ini, mereka akan mendapat pulangan wang sebanyak RM3.

180,000 pengguna pertama yang melakukan pembayaran sebanyak RM300 menggunakan UnionPay QR melalui Boost akan mendapat pulangan wang sebanyak RM30 secara serta-merta.

 

UnionPay International juga mengesahkan bahawa tidak lama lagi, mereka akan mengaktifkan sokongan pembayaran menggunakan UnionPay QR melalui Boost di 32 negara, termasuklah Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Australia.

Pengguna GoPayz pula boleh mula menggunakan kad digital UnionPay yang hadir melalui aplikasi tersebut. GoPayz bukan sahaja boleh digunakan sebagai dompet nirtunai semata-mata, tetapi juga mempunyai pelbagai perkhidmatan kewangan dan gaya hidup yang boleh dinikmati orang ramai dan bukan sahaja para pelanggan U Mobile.

Dengan GoPayz, pengguna boleh membayar sebarang pembelian di dalam dan luar negara yang menggunakan perkhidmatan pembayaran UnionPay melalui kad digital ataupun fizikal GoPayz UnionPay.

Bersempena dengan pengumuman ini, pengguna yang mendaftar akaun GoPayz dan menambah nilai sebanyak sekurang-kurangnya RM30 akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai RM200, seperti kad fizikal GoPayz, insurans GoLife selama dua bulan dan sebagainya.


Komen ()