Cari @ Amanz

Memori sebesar 8GB RAM pernah dikatakan tidak diperlukan pada telefon pintar. Tetapi kini saiz memori ini sudah dianggap standard pada peranti kelas pertengahan Android oleh itu penawaran memori 12GB RAM mula muncul pada peranti mercu. Oppo Reno 10X Zoom dengan 12GB RAM akan akhirnya ditawarkan di Malaysia bagi memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan peranti dengan kemampuan multi-tugas terbaik.

Oppo Reno 10X Zoom 12GB akan mula dijual di Malaysia pada 30 November ini. Peranti ini dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 855, memori 12GB RAM, storan 256 GB, kamera utama 48+13+8 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4065 mAh. Seperti Huawei P3o Pro, Reno 10X Zoom turut mempunyai zoom optikal 5X menggunakan mekanisme periskop.

Harga peranti ini masih belum diumumkan oleh Oppo tetapi Mei lalu Oppo Reno 10X Zoom dengan 8GB RAM dan storan 256GB  ditawarkan di Malaysia pada harga RM3399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd