Carian
Pengguna Grab Singapura Dan Filipina Boleh Menempah Kenderaan Di Jepun Dan Timur Tengah Dengan Aplikasi Tersebut
November 19, 2019 Nazrin

Grab hari ini telah memperkenalkan sebuah ciri menarik untuk para pengguna mereka di negara Singapura dan Filipina, dimana mereka boleh menggunakan SuperApp tersebut untuk menempah teksi di negara-negara Jepun dan kawasan Timur Tengah.

Perkhidmatan terbaru ini adalah kerjasama terbaru diantara Grab dan Splyt yang telah membantu Grab untuk mengembangkan sayap perkhidmatan seru-pandu mereka di semua negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Kerjasama terbaru ini membolehkan Grab Singapura dan Filipina untuk memudahkan pengguna-pengguna mereka apabila mereka mengembara ke negara-negara tersebut.

Di Jepun, Grab bekerjasama dengan JapanTaxi, manakala di Timur Tengah, pengguna boleh menyeru kenderaan seru-pandu daripada Careem. Pengguna boleh membayar untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini menggunakan GrabPay dan mendapatkan mata ganjaran tanpa masalah.

Jika pengguna-pengguna tersebut menghadapi sebarang masalah, Grab turut berkata bahawa mereka boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab Singapura ataupun Filipina, dan mereka akan cuba sebarang isu yang mungkin dihadapi mereka.

Lokasi-lokasi dimana pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut boleh dilihat melalui laman web Grab. Buat masa ini, masih tiada pengumuman jika para pengguna daripada Malaysia akan menerima ciri ini.

Komen