Xiaomi Mengumumkan Teknologi Amaran Gempa Bumi Dan Xiao Ai 3.0 Untuk MIUI 11

Xiaomi Mengumumkan Teknologi Amaran Gempa Bumi Dan Xiao Ai 3.0 Untuk MIUI 11

Diterbitkan pada November 20, 2019 oleh .

Acara Mi Developer Conference 2019 telah berlangsung di Beijing semalam dan ia adalah tempat yang paling sesuai untuk memperkenalkan teknologi terbaru yang ingin diketengahkan. Dua teknologi baharu yang diketengahkan ialah sistem amaran gempa bumi dan juga kecerdasan buatan Xiao Ai 3.0 untuk MIUI 11.

Menerusi sistem amaran gempa bumi, pengguna telefon pintar MIUI 11 dan televisyen Mi TV akan menerima amaran di antara 10-15 saat sebelum dilanda gelombang gempa. Sistem dibangunkan dengan kerjasama Institute of Care-life dengan ujian dilakukan pada skala kecil di Provinsi Sichuan sejak September lalu. Sichuan dipilih kerana ia kawasan yang paling kerap berlakunya gempa di China,

Seterusnya ialah Xiao Ai 3.0 yang merupakan pembantu maya seakan Assistant oleh Xiaomi. Ia kini hadir dengan sokongan suara lelaki buat pertama kali. Seperti Assistant, Xiao Ai 3.0 kini boleh melakukan perbualan berterusan secara semula jadi dengan pengguna. Xiaomi turut berkongsi Xiao Ai digunakan lebih 6 bilion kali sehari dengan 49.9 juta pengguna aktif bulanan.


TIPS & ULASAN