Huawei Menawarkan Hampir RM1 Juta Kepada Penggodam Yang Menemui Pintu Belakang Pada Peranti Android Mereka

Huawei Menawarkan Hampir RM1 Juta Kepada Penggodam Yang Menemui Pintu Belakang Pada Peranti Android Mereka

Diterbitkan pada November 20, 2019 oleh .

Antara komen yang kerap kami temui di artikel mengenai Huawei ialah syarikat dari China ini mempunyai pintu belakang untuk mengintip pengguna peranti Android mereka. Ia juga menjadi antara alasan peranti Huawei diharamkan dari digunakan oleh anggota tentera Amerika Syarikat. Bagi membuktikan tiada pintu belakang digunakan, Huawei mengumumkan program memburu pepijat untuk penggodam mencari sebarang kerentanan sekuriti pada peranti Android keluaran mereka.

Ganjaran sehingga 200,000 Euro (~RM921,000) akan diberikan kepada penggodam yang menemui kerentanan Zero-Clicks yang membenarkan peranti diakses/digodam tanpa pemilik peranti perlu apa-apa. Program pemburuan pepijat ini diumumkan Huawei di dalam sebuah pertemuan pintu tertutup dengan penggodam di Jerman.

Dengan ganjaran yang tinggi ini, Huawei berharap dapat membuktikan peranti Android mereka bukan sahaja selamat digunakan oleh pengguna tetapi turut menunjukkan tiada pintu belakang boleh digunakan oleh mereka untuk mengintip bagi pihak kerajaan China seperti yang digembar-gemburkan.


TIPS & ULASAN