Cari @ Amanz

NVIDIA telah melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX dan GTX Super beberapa bulan lalu untuk menaiktarafkan kemampuan grafik komponen-komponen sedia ada dengan spesifikasi-spesifikasi yang baru untuk komputer desktop.

Terkini, terdapat ura-ura bahawa NVIDIA sedang menyiapkan barisan kad grafik sama untuk peranti komputer riba gaming pula. Menurut laporan NotebookCheck, NVIDIA nampaknya sedang bersedia untuk memuatkan siri kad grafik tersebut didalam komputer-komputer riba gaming seawal Mac 2020 kelak.

Menurut laporan tersebut, NVIDIA dikatakan akan melancarkan sebanyak lima kad grafik NVIDIA GeForce Super MaxQ, termasuklah NVIDIA GeForce RTX 2080 Super MaxQ, NVIDIA GeForce RTX 2070 Super MaxQ, NVIDIA GeForce RTX 2060 Super MaxQ dan NVIDIA GeForce GTX 1650 Super.

Butiran khusus mengenai kad-kad grafik ini tidak diketahui lagi, tetapi sama seperti kad grafik NVIDIA GeForce Super sebelum ini, terdapat kemungkinan NVIDIA akan menaiktarafkan jenis memori, GPU dan sebagainya didalam cip-cip grafik terbaru ini.

Ada kemungkinan bahawa kita akan mendengar pengumuman mengenai ini di acara Consumer Electronics Show pada awal tahun hadapan, dan kami akan melaporkan mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd