Cari @ Amanz

Xiaomi dan iklan berpisah tiada. Sehingga hari ini masih banyak iklan yang terpapar dalam peranti Xiaomi. Ia hanya akan dikurangkan atau dihentikan dalam masa akan datang, tetapi bukan dalam masa yang terdekat. Terkini, Google Play Protect telah menghalang aplikasi Quick App dari Xiaomi untuk dikemaskini.

Menurut Google, aplikasi ini akan mengumpul data pengguna dan menggunakan data tersebut untuk menjejak pengguna. Dengan kata lain, Xiaomi boleh mencuri data pengguna dan menyebarkan iklan pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi, Xiaomi menyatakan yang pengguna tidak perlu risau kerana aplikasi ini selamat untuk digunakan. Xiaomi juga dalam proses berbincang dengan Google bagi menyelesaikan isu ini.

Quick App adalah alternatif daripada Xiaomi untuk Google Play Instant. Pengguna boleh mencuba aplikasi terlebih dahulu sebelum memuat turun dan memasang di dalam peranti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd