Carian
Penerbangan Ujian Kereta Terbang Pertama Negara Hari Ini Dibatalkan
November 21, 2019 Effi Saharudin

Setelah berbulan dirancang, kereta terbang pertama buatan negara Super Dron sepatutnya diperlihatkan kepada umum dalam penerbangan ujian hari ini. Tetapi nampaknya acara ini telah dibatalkan setelah ia didapati tidak mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pihak CAAM berkata lokasi ujian penerbangan di hangar UNIKL MIAT Subang terletak terlalu dekat dengan laluan helikopter komersial yang berada di bawah zon kawalan Lapangan Terbang Subang, Kebenaran dari CAAM diperlukan bagi memastikan keselamatan Super Dron itu sendiri tetapi juga pesawat komersial lain yang berada di ruang udara.

Pada waktu yang sama CAAM kini menyiasat demonstrasi Super Dron yang dilakukan pada 15 November lalu yang juga tidak mendapat kelulusan mereka. Pada waktu ini Super Dron hanya mempunyai Permit Khas Penerbangan (SFP) dari negara pengeluar asalnya iaitu China bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan sahaja.

Seperti kami laporkan dua hari yang lalu, kereta terang “pertama negara” ini sekadar sebuah EHang 216 buatan China yang dijenamakan semula. EHang telah dibangunkan di China sejak 2016 dan berjaya melakukan beberapa penerbangan demonstrasi.

Komen