Cari @ Amanz

Apple hari ini melancarkan Smart Battery Case untuk iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max. Apple tidak menyatakan kapasiti bateri terbina pada ketiga-tiga model Smart Battery Case yang dijual. Mereka sekadar berkata hayat peranti akan bertambah sebanyak 50%.

Perbezaan paling ketara pada Smart Battery Case tahun ini ialah ia mempunyai sebuah butang pengatup kamera khas pada bahagian sisi kanan. Dengan butang ini, kamera akan dapat dilancarkan dengan pantas dan butang pengatup fizikal disertakan bagi memudahkan pengambilan gambar. Sistem ini mirip dengan yang digunakan pada peranti Sony Xperia selama ini.

Di Malaysia ketiga-tiga Smart Battery Case dijual pada harga RM539 sebuah dalam warna hitam, putih dan pink sand. Seperti Smart Battery Case terdahulu, ia menyokong pengecasan berwayar USB-PDmenggunakan port Lightning dan pengecasan nirwayar Qi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd