Realme 5s Dilancarkan Di India Dengan Kamera 48-Megapixel

Realme 5s Dilancarkan Di India Dengan Kamera 48-Megapixel

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Realme pada tahun ini agak aktif dengan pengenalan sejumlah peranti menarik. Terbaru, selain daripada Realme 5, mereka turut hadir dengan versi kemaskini untuknya dinamakan sebagai Realme 5s.

Realme 5s

Realme 5s menawarkan rekaan dan ciri-ciri lebih kurang sama seperti model Realme 5 sebelum ini, tetapi dengan perubahan pada kamera belakangnya.

Realme 5s hadir dengan skrin 6.5-inci pada resolusi 720p+, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 4GB RAM, dan storan 128GB.

Realme 5s

Realme 5s

Pada bahagian kamera pula, ia hadir dengan kamera utama 48-megapixel menggunakan sensor daripada Samsung, selain turut dilengkapi kamera 8MP untuk rakaman sudut luas, 2MP untuk makro, dan 2MP untuk depth.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di India sahaja, dan masih belum diumumkan untuk penawaran di negara-negara lain lagi.


TIPS & ULASAN