Pengguna Peranti Samsung Di Malaysia Boleh Menikmati Langganan YouTube Premium Dengan Percuma Selama Empat Bulan

Pengguna Peranti Samsung Di Malaysia Boleh Menikmati Langganan YouTube Premium Dengan Percuma Selama Empat Bulan

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

YouTube baru-baru ini mengumumkan pelan YouTube Music dan YouTube Premium untuk pasaran tempatan pada harga RM14.90 sebulan dan RM6.90 untuk para pelajar.

Terkini, pihak Samsung Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa para pengguna peranti mereka boleh mendapatkan langganan YouTube Premium dan Music secara percuma selama empat bulan.

Para pengguna yang memiliki peranti Samsung Galaxy S10, S10+, S10e, Samsung Galaxy Note 10, Note 10+, Samsung Galaxy Tab S5e dan Tab S6 semuanya layak untuk langganan percuma selama empat bulan tersebut.

Bagi pemilik-pemilik peranti Samsung Galaxy yang lain, mereka yang membeli dan mengaktifkan peranti-peranti mereka selepas 19 Februari 2019 sehingga 29 Februari tahun hadapan layak mendapatkan langganan tersebut selama dua bulan.

Untuk mendapatkan langganan percuma tersebut, anda hanya perlu membuka aplikasi YouTube pada peranti Samsung anda, masuk tetapan Account, klik pada pilihan Get YouTube Premium dan akhirnya klik pada pilihan Try It For Free. Selepas semua langkah-langkah tersebut, anda boleh mula menikmati langganan YouTube Premium dan YouTube percuma anda.


TIPS & ULASAN