Imej Pengolokan Huawei MateBook 15 Tertiris – Hadir Dengan Bezel Skrin Lebih Nipis

Imej Pengolokan Huawei MateBook 15 Tertiris – Hadir Dengan Bezel Skrin Lebih Nipis

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Huawei MateBook tidak dinafikan adalah antara komputer riba premium yang paling menarik dari Huawei. Ia berada dalam kategori ultrabook dan jika dibandingkan dengan pesaing, MateBook menawarkan harga yang lebih berbaloi. Variasi paling murah adalah MateBook D, manakala yang paling mahal adalah MateBook X dan variasi yang di tengah-tengah adalah MateBook 13/14.

Terkini, imej pengolokan Huawei MateBook 15 telah tertiris. Menurut sumber, Huawei akan menggantikan MateBook 14 dengan model yang baharu ini. Lokasi kamera web dikatakan akan kekal tersorok dalam salah satu kunci pada papan kekunci. Berdasarkan imej pengolokan, terdapat 3x USB-A, 1x USB-C, 1x port HDMI penuh dan 1x port bicu audio 3.5mm. Skrin pula dikatakan akan menggunakan nisbah 16:9 dan bukannya nisbah 3:2. Skrin juga dilihat mempunyai rekaan bezel yang lebih nipis berbanding model lama.

Buat masa ini, tiada lagi informasi yang jelas bila ia akan dilancarkan. Disebabkan ini adalah model baharu – masih tidak pasti sama ada Huawei masih boleh menggunakan Windows ataupun tidak. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN