Lima Peranti Realme Kini Boleh Membuat Rakaman Video Bersudut Lebar

Lima Peranti Realme Kini Boleh Membuat Rakaman Video Bersudut Lebar

Diterbitkan pada November 21, 2019 oleh .

Hari ini, Realme telah melancarkan peranti baharu mereka Realme 5s. Ia adalah peranti kelas pertengahan permulaan dengan kamera 48MP, skrin 720P+, dan bateri 5000 mAh. Peranti ini turut mempunyai lensa ultra sudut lebar.

Bersama-sama dengan pelancaran peranti ini, Realme turut memperkenalkan kemaskini baharu yang mengaktifkan kemampuan rakaman video bersudut lebar untuk lima peranti Realme. Realme 5, Realme 5 Pro, Realme XT, Realme X2 Pro, dan juga Realme 5s adalah lima peranti yang boleh membuat rakaman video dengan pemandangan yang lebih luas.

Jika anda menggunakan salah satu peranti di atas, semak kemaskini OTA untuk mengaktifkan fungsi ini. Ia akan diedarkan secara berperingkat bermula dengan pengguna di India.


TIPS & ULASAN