Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Honor 9X. Di Malaysia ia akan ditawarkan pada harga RM999.

Honor 9X hadir dengan skrin 6.59-inci menyeluruh, kamera swafoto yang disembunyikan pada bahagian pop-naik, dijana cip Kirin 710F, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan penggunaan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 2MP (depth) + 8MP (ultra-lebar). Menjananya juga adalah bateri 4000mAh.

Di Malaysia, Honor 9X akan dijual bermula 28 November 2019 pada harga RM999. Ia turut hadir dilengkapi sokongan Google Mobile Services, sekaligus memudahkan anda menikmati pelbagai aplikasi dan perkhidmatan tanpa masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd