Carian
IBM Membawa Masuk Model Pendidikan P-TECH Ke Sekolah-Sekolah Malaysia Bermula Tahun Hadapan
November 21, 2019 Nazrin

Model pendidikan P-TECH oleh IBM ialah sebuah program dimana para pelajar sekolah menengah, pelajar kolej/universiti dan syarikat-syarikat teknologi bergabung untuk memastikan graduan-graduan mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan industri yang mereka ingin masuki di masa akan datang.

Program P-TECH ini sudahpun diterapkan di 220 sekolah-sekolah menengah dan pusat-pusat pengajian tinggi dan 600 rakan industri di 24 negara diseluruh dunia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar mengenai industri STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).

IBM Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk model pendidikan ini untuk digunakan di institusi-institusi pelajaran tempatan bermula tahun hadapan dimana dua sekolah vokasional akan menjadi lokasi perintis program P-TECH ini.

Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Vokasional Sepang dan juga Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh dan akan dimulakan oleh 60 para pelajar dari kedua-dua sekolah tersebut.

Program perintis ini kemudiannya akan dilanjutkan ke sekolah-sekolah lain dan juga pusat pengajian tinggi, dimana graduan-graduan didalam aliran STEM akan mempunyai kemahiran yang relevan dengan keperluan industri.

Menurut Harriet Green, CEO dan Pengerusi IBM Asia Pasifik berkata bahawa mereka akan cuba meningkatkan jumlah pekerja STEM tempatan dari 18 peratus ke 35 peratus menjelang 2025.

Komen