Xiaomi Mi Band adalah penjejak kesihatan yang terkenal. Ini kerana, ia padat dengan fungsi dan dijual pada harga yang amat mampu milik. Tidak dinafikan yang banyak pengeluar cuba meniru kejayaan Xiaomi ini. Mi Band yang terkini adalah Mi Band 4, ia menawarkan skrin OLED berwarna, dan mempunyai kemampuan mengawal muzik, bateri yang bertahan selama berminggu-minggu atau juga fungsi seakan Amazfit Bip.
It's not a 👟 but something that tracks every step you take. Do you know who am 'i'?
RT if you know what is coming! pic.twitter.com/kbcQxrYTBy
— Mi India for #MiFans (@XiaomiIndia) November 19, 2019
Terkini di Xiaomi India, mereka mengacah yang akan melancarkan penjejak kesihatan baharu. Daripada poster dan video acah, ia berkemungkinan adalah model Mi Band lama atau Mi Band 4 dengan variasi “i”. Ia berkemungkinan lebih murah atau memfokuskan kepada satu aktiviti paling penting sahaja. Tidak jelas lagi sama ada ia adalah Mi Band 3i atau Mi Band 4i. Apa yang pasti adalah ia bukan Mi Band 5, kerana masih awal lagi. Ia juga mungkin adalah variasi yang lebih murah.
Tidak hairan juga, jika Xiaomi ingin hadir dengan penjejak kesihatan seakan Honor Band Sport, yang boleh dipasang pada kasut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.