Aplikasi perkongsian video pendek TikTok boleh dikatakan salah satu daripada aplikasi-aplikasi yang cukup popular di serata dunia pada tahun ini. Dengannya, pengguna boleh mengambil dan menyunting video dengan mudah, dan kongsi video tersebut dengan lagu-lagu popular pada hari ini.
Menunggang populariti aplikasi ini dan juga para penggunanya, Tourism Perak nampaknya ingin menggunakan TikTok sebagai salah satu cara untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri tersebut yang cukup terkenal untuk lokasi-lokasi seperti Cameron Highlands, Lembah Lenggong dan sebagainya.
Menurut Tan Kar Hing, Pengarah Perak Tourism, Arts and Culture Committee, mereka akan bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan pelbagai jenis kempen untuk mempromosikan lokasi dan aktiviti-aktiviti menarik disekitar negeri Perak.
Tourism Perak juga akan meningkatkan promosi mengenai pelancongan di negeri Perak melalui platform-platform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya sebagai satu cara untuk menarik minat orang muda untuk melawat lokasi-lokasi menarik di Perak.