Realme adalah sub-jenama Oppo yang kini bergerak dengan sendiri. Disebabkan itu ColorOS pada peranti Realme adalah sedikit berbeza dengan peranti Oppo. Realme juga adalah seperti Xiaomi, bukan sahaja menghasilkan telefon pintar tetapi juga set fon telinga, beg, baju dan sebagainya.
Guys get ready, as we have few more exciting things coming up! pic.twitter.com/IdEp8LXLsH
— Madhav Sheth (@MadhavSheth1) November 20, 2019
Aksesori audio Realme sebelum ini adalah hasil kerjasama bersama dengan Alan Walker dan dijual pada harga mencapai RM149. Ada juga variasi yang biasa yang dijual pada harga RM39. Kini, dengan trend TWS yang semakin menjadi-jadi – Realme mengacah yang mereka akan hadir dengan TWS tersendiri pula. Tiada lagi butiran penuh, tarikh pelancaran atau imej pengolokan. Cuma, dari gambar acah yang dikicau oleh CEO Realme India – rekaan TWS Realme ini mungkin mirip dengan Apple AirPods.