Cari @ Amanz

Sejak Xiaomi Mi 5, Xiaomi telah memperkenalkan mod kecerahan automatik yang sangat cerah. Malah, tahap kecerahannya adalah sangat dahsyat sehingga kontras warna paparan kadangkala lari dan peranti akan memanas dengan suhu yang sukar untuk peranti dipegang. Mod ini pula berfungsi apabila mod kecerahan automatik dihidupkan.

Terkini dalam MIUI 11, Xiaomi menguji “Sunlight Mode” pula. Ia lebih kurang sahaja dengan mod kecerahan maksima yang sedia terbina. Tetapi, ia hanya untuk pengguna yang tidak gemar menggunakan mod kecerahan automatik. Jadi, sebaik sahaja pengguna keluar dari rumah dan sensor ambient kesan akan cahaya sekeliling – skrin akan menjadi cerah pada tahap yang paling maksima mengikut kemampuan peranti. Menurut XDA, kecerahan mod ini mampu mencapai sehingga 12,000 lux.

Buat masa ini, ia masih dalam ujian lagi dan tidak pasti bila akan diedarkan kepada semua pengguna atau hanya terhad mengikut peranti sahaja. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd