Cari @ Amanz

Maxis sebelum ini telah pun hadir dengan pakej pelan prabayar khusus dinamakan sebagai Ookyo. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menerima akses data tanpa had kepada sejumlah aplikasi – selain membuat pengurusan pelbagai perkara melalui aplikasi dengan mudah. Ookyo ini juga ditawarkan secara atas-talian dan bukannya melalui pekedai seperti kebiasaan.

Ookyo Tamat

Kini, selang dua tahun sejak beroperasi, Ookyo mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan pendaftaran baru untuk perkhidmatan berkenaan. Mereka mengatakan yang mana Ookyo akan menjadi sebahagian daripada keluarga Hotlink mulai 21 Januari 2020 kelak.

Bermula hari ini, tiada lagi pendaftaran baru untuk akaun Ookyo yang dilakukan, dan pengguna digalakkan untuk mendaftar akaun Hotlink sebagai alternatif.

Ookyo turut mengatakan mereka akan menawarkan data percuma 8GB kepada pelanggan Ookyo pada 21 Januari 2020 kelak apabila mereka dialihkan ke pakej Hotlink RED.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd