Cari @ Amanz

Di dalam filem fiksyen sains seperti Avatar dapat dilihat babak angkasawan disejuk beku sepanjang perjalanan hampir tujuh tahun. Setibanya di lokasi, angkasawan “dicairkan” semula dan tubuh mereka kembali berfungsi seperti normal dan tidak berusia selama tujuh tahun. Fiksyen ini semakin hampir menjadi realiti selepas beberapa ujian telah berjaya dilakukan ke atas manusia oleh doktor dari University of Maryland School of Medicine.

ARM OtakTeknik yang diberi nama Emergency Preservation and Resuscitation (EPR) ini melibatkan proses penyejukan mendadak tubuh pesakit ke suhu 10-15 Celsius. Kemudian darah di dalam tubuh digantikan dengan cecair salina yang juga disejukkan. Aktiviti sel otak akan terhenti dan pesakit berada di dalam keadaan animasi tergantung (suspended animation) selagi mereka tidak dinyahbeku,

Pada masa ini teknik EPR telah digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan serius akibat ditembak, kehilangan banyak darah akibat trauma dan mengalami serangan jantung yang serius. EPR memberikan masa sehingga dua jam untuk merawat kecederaan berbanding hanya beberapa minit bagi mengelakkan kematian.

Doktor Google GlassUjian klinikal keberkesanan EPR akan dilakukan pada tahun 2020 ke atas 20 orang pesakit. Pada waktu ini EPR hanya boleh digunakan pada pesakit yang mempunyai kebarangkalian untuk hidup yang rendah sahaja dan selepas mendapat kebenaran ahli keluarga.

Doktor University of Maryland School of Medicine bagaimanapun menegaskan EPR masih belum sempurna. Pesakit dilihat mengalami kecederaan perfusi semula (reperfusion) pada sel. Ini berlaku apabila oksigen diperkenalkan semula pada sel.

Walaupun dibangunkan untuk digunakan dalam situasi kecemasan, EPR membuka pintu kepada kajian membeku angkasawan yang mungkin akan pergi ke Alpha Centauri kelak. Perjalanan ke planet yang paling hampir menyerupai bumi ini dijangka mengambil masa sekitar 100 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd