Cari @ Amanz

Sebentar tadi, telah kami laporkan yang Xiaomi akan melancarkan satu penjejak kesihatan baharu dengan nama “i” di belakang. Tetapi model atau variasi apa tidak diketahui. Beberapa jam yang lepas, Xiaomi telah pun melancarkan Mi Band 3i di India dan ia sangat mirip dengan Mi Band 3.

Kenapa? Ia sebenarnya memang Mi Band 3, cuma ia tidak mempunyai pengimbas nadi terbina. Skrinnya adalah 0.78″ dengan resolusi 128×80 OLED monokrom. Terdapat juga butang kapasitif yang sama untuk kawalan, boleh lagi menerima notifikasi, mensenyapkan peranti apabila panggilan diterima dan fungsi-fungsi Mi Band yang asal seperti kiraan kalori, jejak tidur dan lain-lain masih dikekalkan. Ketahanan air dan debu adalah 5ATM 50 meter dan mempunyai ketahanan bateri selama 20 hari. Saiz bateri adalah 110mAh, tetapi masa pengecasan adalah 2.5jam dengan pengecas yang disediakan.

Antara sebab Xiaomi melancarkan variasi Mi Band seperti ini adalah, bagi menawarkan pilihan yang lebih mampu milik berbanding variasi yang asal. Harga jualan Mi Band 3i adalah  1,299, iaitu sekitar RM75 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd