Dapatkan Pengalaman Permua Yang Baik Dengan Skrin Dan Storan HONOR 9X Yang Besar

Dapatkan Pengalaman Permua Yang Baik Dengan Skrin Dan Storan HONOR 9X Yang Besar

Diterbitkan pada November 27, 2019 oleh .

HONOR baru sahaja melancarkan telefon pintar flagship mereka iaitu HONOR 9X untuk pasaran Malaysia. Telefon ini merupakan telefon berspesifikasi pertengahan yang mensasarkan kepada pengguna yang inginkan prestasi dan rekaan yang baik, serta ciri fotografi yang bagus.

Jika anda sedang mencari telefon pintar terkini pada lingkungan harga dibawah RM 1,000, HONOR 9X merupakan satu lagi pilihan yang tidak patut diketepikan. Ia hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi, dan berikut merupakan fokus utama pada peranti ini, jika anda mencari peranti untuk tujuan Permua.

Paparan 6.59-inci yang Besar

Saiz paparan peranti merupakan satu lagi faktor utama yang penting jika pengguna memilih peranti untuk bermain permua. Ini kerana keluasan paparan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pengalaman bermain. Tidak salah jika sebatang pokok yang menyembunyikan musuh dapat dilihat berbanding peranti dengan paparan kecil.

Bagi HONOR 9X, ia menyertakan paparan IPS LCD 6.59-inci yang mana nisbah skrin ke badannya agak luas, iaitu sehingga 91%, sekaligus dapat menambah baik pengalaman bermain permua. Lebih dari itu, jika peranti ini digunakan untuk tujuan multimedia atau untuk menonton video, pastinya ia memberikan keluasan paparan yang bagus.

Storan Besar 128GB Dan Menyokong Storan Kad Mikro-SD

Jika anda memiliki telefon pintar dengan niat untuk bermain sebanyak mungkin permua, anda memerlukan satu peranti dengan kapasiti storan yang besar. Kapasiti storan telefon  boleh ditambah sekiranya peranti tersebut mempunyai slot Mikro-SD namun ia mungkin ada perbezaan dari segi kelajuan membacanya. Malah ia memerlukan pengguna untuk membeli kad Mikro-SD berkapasiti tinggi, sekaligus menambah kos kepada pengguna.

Ia tidak akan berlaku dengan HONOR 9X. Ini kerana peranti ini hadir dengan kapasiti storan 128GB yang semestinya dapat menyimpan pelbagai permua dan juga aplikasi. Permua yang menggunakan kapasiti storan yang besar tidak akan menghadapi masalah tidak cukup storan. Sekiranya kapasiti storan masih tidak mencukupi, pengguna boleh menambah kapasiti storan sehingga 512GB menggunakan kad Mikro-SD pada slot kad SIM.

Kapasiti Bateri 4,000 mAh

Bagi tujuan memainkan permua pada satu masa yang lama, kapasiti bateri yang mencukupi diperlukan peranti. Pastinya dengan kapasiti bateri yang baik, tidak memerlukan pengguna mengusung powerbank kemana-mana sahaja.

Bagi HONOR 9X, ia mempunyai bateri berkapasiti 4,000 mAh yang mampu beroperasi untuk satu jangkamasa yang panjang. Meskipun tidak menyokong pengecasan pantas, kapasiti yang besar harus dipuji kerana ia membolehkan pengguna bukan sekadar bermain permua, malah menonton video kegemaran mereka baik menerusi YouTube dan juga Netflix. Hal ini adalah kerana bateri telefon pintar ini mampu untuk bertahan selama 120 jam untuk paparan video dan selama 8 jam untuk kegunaan permua.

Kamera 48MP Yang Boleh Merakam Gambar Pada Resolusi Tinggi

Satu lagi perkara yang boleh menarik perhatian anda untuk memiliki peranti ini adalah HONOR 9X mempunyai kamera 48MP. Pada lensa sebesar 48MP, resolusi gambar yang dapat dirakam adalah tinggi, dan banyak keperincian gambar dapat dirakamkan. Ia mempunyai tiga kamera utama, iaitu 48MP, 8MP ultra-lebar dan juga 2 MP sensor kedalaman manakala kamera selfie berjenis pop-naik direka bagi membuang takuk pada paparan peranti ini.

Kamera pada telefon pintar ini juga dibantu oleh teknologi algoritma AI. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan rakaman gambar dan video yang cantik. Seperti AIS Super Night Mode, anda boleh mendapatkan rakaman yang cantik dan jelas walaupun anda berada di persekitaran yang kurang pencahayaan. Hal ini adalah kerana lensa kamera HONOR 9X ini dibantu oleh teknologi AI untuk mendapatkan rakaman yang menawan.

Sokongan Google Mobile Services

Honor 9X

Melengkapi peranti ini adalah sokongan Google Mobile Services yang pastinya dapat menjamin peranti ini mesra pengguna dan kesemua aplikasi yang wujud di Google Play Store dapat digunakan tanpa sebarang masalah, atau terpaksa melalui proses yang rumit. Ia sekaligus menambah nilai pemilikan peranti ini bukan sahaja untuk permua, malah aplikasi yang ditawarkan pada Google Play Store.


HONOR 9X ini akan mula dipasarkan di Malaysia secara atas talian pada 28 November ini pada harga RM 999 melalui laman rasmi Hihonor, Shopee dan juga kedai fizikal rasmi HONOR, manakala 29 November pula adalah tarikh dimana telefon pintar ini dipasarkan secara global. Seperti biasa ia akan tersedia menerusi platform atas talian HONOR sendiri, dan juga pengedar rasmi seluruh Malaysia. Bagi anda yang ingin menukar telefon pintar yang lama dengan HONOR 9X, anda juga boleh berbuat demikian di beberapa kedai rasmi mereka.

Sekiranya anda membeli HONOR 9X melalui laman Shopee, anda berpeluang untuk menerima sekotak hadiah, HONOR Band 5 Sport, dan PWP pada harga RM199 sahaja untuk HONOR Sport Pro bermula 28 November hingga 1 December. Namun, pada 29 November hingga 1 December pula, anda berpeluang untuk menerima hadiah yang sama sekiranya membeli HONOR 9X di kedai fizikal rasmi HONOR. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah hadiah ini sementara stok masih ada.

Layari: Laman Rasmi HONOR Untuk Maklumat Lanjut

Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia


TIPS & ULASAN