Cari @ Amanz

TM sedia menawarkan aplikasi yang memudahkan pengguna menonton rancangan daripada UnifiTV dengan mudah pada peranti mudah-alih mereka sebelum ini. Kini, dengan perkembangan teknologi, pihak TM turut memilih untuk memperkenalkan variasi versi baru untuk aplikasi berkenaan.

Unifi TV

Berbanding penawaran sebagai kemaskini biasa, aplikasi baru ini diterbitkan secara berasingan. Ia menyertakan penggunaan antaramuka yang lebih moden menyerupai beberapa perkhidmatan penstriman video yang lain.

Pada masa yang sama, ia juga menawarkan akses kepada perkhidmatan siaran TV langsung – sekaligus memudahkan lagi anda menonton rancangan kegemaran anda pada peranti mudah-alih.

Untuk menggunakannya, anda perlu terlebih dahulu berpindah ke akaun TM yang baru sebelum dapat menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd