Hotlink Kini Menawarkan Kredit Tambahan Untuk Tambah-Nilai Melalui Aplikasi

Hotlink Kini Menawarkan Kredit Tambahan Untuk Tambah-Nilai Melalui Aplikasi

Diterbitkan pada November 22, 2019 oleh .

Hotlink, perkhidmatan prabayar daripada Maxis sedia menawarkan sejumlah ganjaran menarik melalui aplikasi Hotlink RED untuk pengguna mereka. Terbaru, pada minggu ini, mereka turut bereksperimen dengan ganjaran kredit tambahan untuk tambah-nilai yang dilakukan melalui aplikasi.

Bagi pengguna yang aktif menggunakan apliaksi Hotlink RED, mungkin anda telah mula perasan label “Cash Back” pada aplikasi berkenaan diruangan “Tambah Nilai”.

Hotlink RED Topup

Melaluinya, mereka menawarkan kredit tambahan untuk tambah-nilai yang dilakukan menggunakan aplikasi tersebut. Ganjaran yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut pengguna. Sebagai contoh, untuk akaun kami ia memaparkan kredit percuma RM3 untuk tambah-nilai RM15 melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Hotlink, mungkin boleh menyemak aplikasi Hotlink RED ketika tambah-nilai, dan menerima lebih kredit untuk tambah-nilai yang dilakukan anda.

Muat-Turun Hotlink RED untuk Android

Muat-Turun Hotlink RED untuk iPhone


TIPS & ULASAN