Cari @ Amanz

Google Stadia adalah satu-satunya perkhidmatan penstriman permainan video yang sudah boleh dilanggan oleh orang awam. Konsep Google Stadia ini adalah seakan konsol di awan dan bukannya Netflix untuk permainan video. Ulasan mengenai Stadia juga sudah ramai pengulas luar negara terbitkan dan majoritinya mempunyai pendapat yang negatif.

Antara perkara negatif adalah, walaupun Internet pantas – permainan video masih ada isu sela masa. Terkini, Chromecast Ultra yang datang bersama-sama dengan Google Stadia Founder Edition mengalami isu memanas yang sangat panas. Chromecast Ultra adalah gajet untuk cast skrin dari peranti ke paparan lain dalam resolusi 4K. Ia adalah salah satu cara untuk bermain Google Stadia dan ramai yang melaporkan setiap kali permainan dimainkan, Chromecast Ultra akan menjadi sangat panas.

Walau bagaimanapun, buat masa ini ia masih tidak jelas sama ada Google Stadia adalah punca yang menjadikan Chromecast Ultra memanas. Kerana berbanding dengan penstriman YouTube dan Netflix, Stadia adalah lebih ringan. Faktor lain pula adalah, penstriman Google Stadia sentiasa 60FPS. Buat masa ini, tiada jalan penyelesaian lain selain cuba menampal Cool Fever.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd