Twitter Kini Membolehkan Anda Menyembunyikan Tweet Balasan

Twitter Kini Membolehkan Anda Menyembunyikan Tweet Balasan

Diterbitkan pada November 22, 2019 oleh .

Twitter sebelum ini telah pun menguji kebolehan untuk menyembunyikan tweet-tweet balasan untuk sesuatu tweet utama – sekaligus memastikan perbualan dan komunikasi di sesuatu Tweet berkenaan kekal relevan.

Kini, lanjutan daripada ujian berkenaan, Twitter telah pun mula memperkenalkan ciri ini pada peringat global.

Twitter Hide Reply

Melaluinya, pengguna boleh sembunyikan balasan kepada tweet utama. Ciri ini ditawarkan melalui aplikasi Twitter untuk iPhone, Android dan juga web. Pengguna hanya perlu klik pada ikon anak panah ke bawah di penjuru kanan sesuatu Tweet, dan memilih “Hide Reply”.

Pengguna lain masih boleh melihat balasan-balasan yang disembunyikan dengan membuat pemilihan “View Hidden Replies” pada menu yang sama.



TIPS & ULASAN