Cari @ Amanz

Imej Pengelokan Samsung Galaxy A71 Tertiris Dengan Bonjol Kamera Empat Segi

Link Copied!

Trend rekaan 2019 ialah penggunaan bonjol kamera berbentuk empat segi. Inovasi Huawei Mate 20 Pro ini tela digunakan juga pada iPhone 11 dan Pixel 4. Samsung juga akan melancarkan peranti dengan rekaan sebegini menerusi Galaxy A71. Beberapa imej pengolokan rasmi Gaalxy A71 telahpun tertis ke arena web.

Bonjol kamera adalah berbentuk segi empat tepat dan menempatkan empat kamera dan satu flash. Pada bahagian skrin terdapat sebuah lubang kamera yang mirip yang ditemui pada Galaxy Note 10. Turut dapat dilihat ialah bicu audio 3.5mm, port pengecasan USB-C dan kekisi audio pada bahagian bawah peranti.

Galaxy A71 dijangka mempunyai spesifikasi lebih tinggi berbanding Galaxy A70 yang dilengkapi skrin 6.7-inci Super AMOLED, cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, storan 128GB, kamera utama 32MP + 8MP + 5MP, selain kamera swafoto 32-megapixel dan bateri sebesar 4500mAh dengan pengecasan pantas 25W.


Komen ()