Cari @ Amanz

OnePlus merupakan salah satu jenama pengeluar peranti mudah-alih yang popular. Terbaru, mereka memaklumkan kepada para pengguna, dimana pasukan sekuriti OnePlus mendapati terdapat akses pihak ketiga pada sejumlah maklumat pengguna OnePlus baru-baru ini.

OnePlus mengatakan sejumlah nama pengguna, nombor telefon, alamat emel dan alamat rumah mungkin diakses pihak berkenaan. Namun, mereka turut mengesahkan yang mana tiada kebocoran dari segi data pembayaran dan juga kata laluan.

OnePlus mengatakan mereka telah pun memaklumkan pengguna-pengguna yang terlibat dengan masalah ini melalui emel.

OnePlus turut mengatakan pengguna yang terlibat mungkin menerima emel-emel berbentuk spam atau phishing. Anda diminta lebih berhati-hati ketika klik sebarang pautan yang diterima melalui emel anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd