Aplikasi Sarwa Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Berita Dan Artikel

Aplikasi Sarwa Memudahkan Anda Mengikuti Pelbagai Berita Dan Artikel

Diterbitkan pada Nov 24, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai penerbitan digital yang menawarkan artikel-artikel menarik melaluinya. Dalam memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini dengan mudah pada satu halaman setempat, kini salah satu aplikasi yang membantu adalah Sarwa.

Sarwa

Sarwa mengetengahkan antaramuka yang mudah digunakan, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna memilih topik-topik kegemaran yang ingin diikuti mereka. Antara topik yang ditawarkan pada hari ini adalah berkaitan teknologi, kewangan, gaya hidup muslim, dan juga permainan. Semua artikel dan berita yang ditawarkan adalah dalam bahasa Malaysia.

Selain membaca melaluinya, pengguna turut boleh bookmark sesuatu artikel untuk rujukan masa akan datang.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini.

Muat-Turun Sarwa untuk Android



Paling Popular