SUPERB Ke-14 Menyaksikan Seramai 26 Pemenang Membawa Pulang Geran Sehingga RM500 Ribu

SUPERB Ke-14 Menyaksikan Seramai 26 Pemenang Membawa Pulang Geran Sehingga RM500 Ribu

Diterbitkan pada November 24, 2019 oleh .

SUPERB atau Skim Permulaan Usahawan Bumiputera merupakan salah satu program yang dianjurkan untuk membantu golongan belia dan syarikat startup untuk membawa idea kreatif mereka kepada setapak kehadapan lagi.

Untuk tahun 2019 ini, SUPERB 2019 telah pun melabuhkan tirai, menyaksikan seramai 26 pemenang memenanginya, dan membawa pulang geran sehingga RM500,000.

SUPERB 2019 telah menerima lebih 1,179 penyertaan dari seluruh negara, dimana ia dibahagikan kepada dua kategori – fasa pembangunan idea dan juga fasa pra-komersil. Untuk peringkat akhir, seramai 60 idea telah dipilih, dan daripadanya, 26 pemenang telah meneriam geran akhirnya.

Untuk fasa pembangunan idea, geran sehingga RM100 ribu diberikan, sementara untuk fasa pra-komersil, geran sehingga RM500 ribu diberikan kepada pemenang.

Berikut merupakan senarai pemenang untuk Superb ke-14 tahun 2019 ini:

Gerald Thomas Wong – Pengurusan sisa makanan
Wan Ahmad Rafiuddin – American Toplift (ATL)
Mohd Fayyz – Sistem Ternakan Udang Biosekuriti
Muhammad Haffiz – Co-Fibers
Suria Affendi – “Super Battery” berasaskan minyak sawit
Anas Lutfi – Susu pekat manis tanpa gula
Nurul Afifah – Petotum, platform pengurusan hotel haiwan
Syed Huzaifah – StudentQR
Siti Marwangi – XCD Infocast Helmet
Zazila Roslan – Kayu plastik
Muhamad Akhmal Hakim – Servis mengilang probiotik
Fayana Farzeena – Multi-Sensory Smart Room
Arief Imran – Serv
Nur Athirah – D Athirah Design Magic Ruler
Ahmad Sauqi – E-Lite
Laila Nabila – Pengering tangan dengan panel pengiklanan
Khairul Anwar – Pandai
Syarifah Nurfaizah – Dates Spread
Nor Sa’adah – Pemprosesan roti dan sos diet tanpa tepung, tanpa gula
Muhamad Razlan Dhamir – Powerwaver
Erhandadli – Online map based real estate due-diligence, price analytics
Muhamad Zulfadhli – Produk makanan berasaskan protein
Muhamad Fazli – TCN Easyprint DTG
Datin Azrene Soraya – Three Little Ahmads
Muhammad Huzaifah – Inonity
Muhammad Hafiz – IOT Simulator 2050

Teraju Superb 2019



TIPS & ULASAN