Carian
Waze Kini Memaparkan Harga Anggaran Tol Untuk Perjalanan Ke Destinasi
November 25, 2019 Aman

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi perjalanan yang digunakan ramai pengguna di Malaysia. Melaluinya, ia memaparkan arah perjalanan, keadaan trafik semasa dan sebagainya.

Waze Tol

Terbaru, Waze dilihat telah mula menambah data berkaitan harga tol pada aplikasi mereka. Kini, apabila pengguna membuat carian arah perjalanan ke sesuatu destinasi, Waze turut memaparkan harga anggaran tol yang terlibat untuk perjalanan berkenaan.

Waze Tol

Menurut Waze, harga anggaran tol ini adalah berdasarkan daripada info yang dikongsikan oleh komuniti Waze. Seperti biasa, pengguna boleh turut memilih menu “Routes” untuk membandingkan harga tol yang terlibat dalam perjalanan ke sesuatu destinasi dan memilih yang sesuai untuk anda.

Komen