Lenovo ThinkBook 14 Dan 15 Dengan CPU Intel Generasi Kesepuluh Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Dari RM3439

Lenovo ThinkBook 14 Dan 15 Dengan CPU Intel Generasi Kesepuluh Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Dari RM3439

Diterbitkan pada Nov 25, 2019 oleh .

Dua bulan yang lalu, kami ada melaporkan bahawa komputer riba produktiviti dari Lenovo, iaitu Lenovo ThinkBook 14 dan 15 telah menerima kemaskini CPU Intel generasi kesepuluh, Ice Lake.

Hari ini, pihak Lenovo Malaysia mengumumkan bahawa komputer-komputer riba tersebut sudahpun memasuki pasaran tempatan, dan boleh dibeli melalui pengedar-pengedar sah mereka, dan juga kedai atas talian Lenovo.

Saiz skrin yang ditawarkan oleh peranti ini ialah 14″ atau 15.6″ dengan resolusi FHD. Ia dikuasakan oleh pilihan CPU sehingga Intel Core i7 generasi ke-10, memori sehingga 24GB, dengan storan cakera keras 2TB atau SSD M.2 PCIe sebesar 1TB dan bateri sehingga 57Wh yang memberikan tempoh penggunaan sehingga 12 jam.

Ia juga hadir dengan pelbagai pilihan I/O seperti USB-C, USB-A, pembaca kad dan HDMI. Kedua-dua komputer riba ini turut hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi 6 yang cukup pantas sekali.

Lenovo Thinkbook 15

Sama dengan peranti ThinkBook yang lain, ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang terbina didalam butang kuasa.

Menurut Lenovo Malaysia, Lenovo ThinkBook 14 boleh dibeli bermula dari harga RM3439, manakala Lenovo ThinkBook 15 pula mempunyai harga permulaan RM4249.



Paling Popular