Siri Komputer Kerdil Lenovo ThinkCentre m90n-1 Kini Boleh Ditempah

Siri Komputer Kerdil Lenovo ThinkCentre m90n-1 Kini Boleh Ditempah

Diterbitkan pada Nov 25, 2019 oleh .

Bagi syarikat-syarikat ataupun kedai yang tidak mempunyai ruang untuk komputer desktop biasa ataupun komputer riba, terdapat satu siri komputer yang memakan ruang yang sangat kecil sekali yang boleh anda gunakan untuk memaksimakan ruang anda untuk benda-benda lain.

Komputer kerdil Lenovo ThinkCentre m90n-1 yang dinobatkan sebagai komputer komersil yang terkecil di dunia yang hanya sebesar 1/3 daripada komputer kerdil ThinkCentre Tiny pada berat 505g.

 

Lenovo Malaysia akan membawa masuk dua model didalam siri ini, termasuklah ThinkCentre M9on-1 Nano dan juga ThinkCentre M9on-1 Nano IoT yang dikuasakan oleh siri CPU Intel Core generasi kelapan.

Didalam peranti-peranti ini, pengguna boleh memuatkan storan dua storan SSD M.2 dan juga memori sebanyak 16GB. Selain dari itu, ia juga hadir dengan pilihan palam I/O yang cukup banyak seperti palam USB 3.1 Type-A dan Type-C, palam HDMI dan juga pembaca kad SD.

Kedua-dua komputer ini juga hadir dengan sokongan untuk pelekap VESA yang membolehkannya dilekapkan pada dinding ataupun belakang paparan skrin yang menyokongnya.

Perbezaan utama diantara model Nano dan model Nano IoT boleh dilihat dari segi fizikalnya, dimana model Nano IoT hadir dengan bongkah penyejuk yang diperbuat daripada aluminum yang digunakan untuk menyejukkan komponen-komponen dalaman tanpa menggunakan kipas penyejuk.

Selain daripada komputer biasa, ia juga boleh digunakan sebagai gerbang peranti berhubung yang selamat dan responsif. Oleh kerana binaan Nano IoT ini cukup teguh, ia boleh digunakan di kawasan-kawasan yang lebih terbuka, sesuai untuk disambung kepada peranti-peranti berhubung di persekitarannya.

Menurut Lenovo Malaysia, peranti Lenovo ThinkCentre Nano dan Lenovo ThinkCentre Nano IoT ini sudahpun boleh ditempah melalui pasukan jualan Lenovo Malaysia.



Paling Popular