Realme, melalui CEO mereka kini telah pun berkongsi perancangan pengenalan kemaskini Android 10 untuk peranti-peranti mereka. Melalui perancangan pihak Realme, mereka menyasarkan pengenalan bermula Januari 2020 kelak.
Kemaskini ini Android 10 ini adalah berasaskna kepada ColorOS 7, dan dilihat akan turut menawarkan antaramuka khusus yang menghampiri kepada pengalaman penggunaan Android asli.
Realme turut mengatakan ia menawarkan pengurusan RAM lebih baik, selain sokongan grafik yang lebih lancar.
Realme menyasarkan pengenalan Android 10 ini bermula kepada Realme 3 Pro dan Realme XT bermula Januari 2020 kelak, diikuti Realme X dan Realme 5 Pro bermula Februari 2020. Berikut merupakan jadual penuh yang dikongsikan Realme:
Januari 2020 – Realme 3 Pro, Realme XT
Februari 2020 – Realme X, Realme 5 Pro
Mac 2020 – Realme X2 Pro
April 2020 – Realme 3, Realme 3i
Mei 2020 – Realme 5, Realme 5s
Jun 2020 – Realme 2 Pro
Suku Ke-3 2020 – Realme C2