Huawei MatePad Pro Kini Rasmi – Tablet Berspesifikasi Tinggi Daripada Huawei

Huawei MatePad Pro Kini Rasmi – Tablet Berspesifikasi Tinggi Daripada Huawei

Diterbitkan pada November 26, 2019 oleh .

Huawei MatePad Pro telah tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini pihak Huawei telah pun melancarkan tablet berkenaan secara rasminya.

Huawei MatePad Pro

Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin bersaiz 10.8-inci dengan rekaan skrin berlubang dihadapan untuk memposisikan kamera swafoto 8-megapixel, dijana cip Kirin 990, dan menjalankan sistem operasi Android 10 dengan antaramuka EMUI 10.

Tablet ini turut hadir dengan bateri 7250mAh dengan pengecasan pantas 40W, dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, dan hadir dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM.

Tablet ini dilihat lebih memfokuskan kepada produktiviti. Huawei turut menyertakan sokongan stylus dan juga papan kekunci untuk menghasilkan kandungan melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan dipasarkan pada peringkat global.



TIPS & ULASAN