Carian
Realme X2 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 Disember 2019
November 26, 2019 Aman

Selepas perkongsian gambar acah semalam, kini Realme melalui saluran sosial mereka mengesahkan yang mana Realme X2 Pro bakal dilancarkan pada 2 Disember 2019 kelak.

Realme X2 Pro

Realme X2 Pro merupakan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi daripada Realme – dijana dengan cip Snapdragon 855+, skrin dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 4000mAh, dan sokongan pengecasan pantas 50W. Ia juga bakal menyertakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak dikongsikan lagi. Dengan penawaran jenama Realme sebelum ini di Malaysia, semestinya ramai menantikan penawaran peranti ini pada harga sangat kompetitif untuk pasaran tempatan.

Komen