Carian
Intel Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Modem 5G Pada Komputer
November 26, 2019 Aman

Intel dan MediaTek kini mengumumkan kerjasama, dimana Intel akan menyediakan spesifikasi untuk penyelesaian 5G, dan modem 5G berkenaan akan dibangunkan oleh MediaTek. Modem berkenaan dijangka akan digunakan pada komputer – sekaligus menawarkan pengalaman sentiasa berhubung melaluinya.

Intel mengatakan produk pertama yang menggunakan penyelesaian daripada Intel dan MediaTek ini akan ditawarkan seawal 2021 kelak, dimana Dell dan HP dikatakan antara yang akan menggunakan penyelesaian 5G ini.

Kerjasama ini semestinya menguntungkan kedua-dua pihak, apatah lagi dengan Intel yang telah keluar daripada perniagaan telefon pintar baru-baru ini. Bagi MediaTek pula, ia akan memberikan lebih kredibiliti kepada jenama mereka, selain turut membawa masuk penawaran MediaTek ke arena komputer riba. Selain daripada itu, pada masa yang sama, kerjasama ini semestinya turut akan memberikan tekanan kepada Qualcomm yang mana turut telah mula bekerjasama dengan beberapa pengeluar komputer riba untuk menggunakan cip pemprosesan mereka.

Komen