Harga Jualan Honor 20, 20 Lite Dan 20 Pro Dikemaskini – Bermula Dari RM799

Harga Jualan Honor 20, 20 Lite Dan 20 Pro Dikemaskini – Bermula Dari RM799

Diterbitkan pada November 26, 2019 oleh .

Harga jualan untuk Honor 20, 20 Lite dan 20 Pro telah dikemaskini minggu ini. Honor 20 Lite kini ditawarkan pada harga RM799 berbanding RM949 sebelum ini, Honor 20 pada harga RM1399 berbanding RM1699 dan Honor 20 Pro pada harga RM1999 berbanding RM2299 sebelum ini.

Honor 20 Pro

Honor 20 Pro hadir dengan skrin berlubang 6.26-inci, cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan 256GB, Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang gabungan 48MP + 16MP + 8MP + 2MP, selain kamera swafoto 32-megapixel dan bateri sebesar 4000mAh dengan sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W.

Honor 20 pula hadir dengan skrin bersaiz 6.26-inci, dijana cip Kirin 980, memori sehingga 6GB, storan sehingga 128GB, kamera utama 48+16+2 Megapixel, kamera hadapan 32-Megapixel dan bateri 3750mAh dengan sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W.

 

Akhir sekali ialah Honor 20 Lite dengan skrin IPS LCD sebesar 6.21-inci FHD+, dijana dengan cip lapan-teras HiSilicon Kirin 710, memori 4GB RAM, storan 128GB, sistem tri-kamera, melalui penggunaan sensor utama 24+8+22 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel, dan bateri 3400 mAh yang menyokong pengecasan 10W sahaja.



TIPS & ULASAN