Cari @ Amanz

AMD telah melancarkan siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga mereka yang menggunakan proses pembinaan 7nm beberapa bulan lalu.

Syarikat tersebut melancarkan beberapa buah CPU yang cukup berkuasa sekali. Model Ryzen 9 3900X misalnya hadir dengan 12 teras, 24 bebenang kuasa dan mempunyai kelajuan Boost Clock sehingga 4,6GHz dan sokongan untuk pelbagai jenis ciri-ciri baru, seperti PCIe 4 yang mempunyai kelajuan penghantaran data sehingga 64GB/s.

 

Hari ini, AMD Malaysia telah mengumumkan bahawa CPU paling berkuasa didalam siri ini, AMD Ryzen 9 3950X kini boleh dibeli di pasaran tempatan. CPU tersebut dilengkapi dengan 16 teras dan 32 bebenang kuasa dengan kelajuan asas 3,5GHz yang boleh dilewahjam ke Boost Clock maksima  4.7GHz. Ia juga mempunyai TDP asas 105W, sama seperti Ryzen 9 3900X.

Tidak seperti model-model CPU yang lain, Ryzen 9 3950X ini tidak hadir dengan sebarang bongkah penyejuk, dan AMD menyarankan anda menggunakan penyejuk CPU cecair untuk menyejukkan CPU ini.

AMD Ryzen 3950X Price

CPU AMD Ryzen 9 3950X kini boleh dibeli di kedai-kedai komputer di pasaran tempatan pada harga RM3149.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd