Cari @ Amanz

Selain daripada CPU AMD Ryzen 9 3950X, AMD Malaysia turut mengumumkan bahawa CPU AMD Ryzen Threadripper generasi ketiga, yang terdiri daripada Ryzen Threadripper 3960X dan Ryzen Threadripper 3970X kini boleh dibeli di pasaran tempatan bermula hari ini.

Siri CPU AMD Ryzen Threadripper generasi ketiga ini terdiri daripada AMD Ryzen Threadripper 3960X dan juga AMD Ryzen Threadripper 3970X dimana mereka masing-masing mempunyai 24 dan 32 teras fizikal dan 48 dan 64 bebenang kuasa.

Threadripper 3960X mempunyai kelajuan asas 3,8GHz, manakala Threadripper 3970X mempunyai kelajuan asas 3,7GHz, Dari segi kelajuan Boost Clock pula, kedua-dua CPU ini boleh digerakkan sehingga 4,5GHz.

Seperti yang dijangkakan, siri CPU Threadripper generasi ketiga ini menggunakan cipset TRX40 yang mempunyai 72 jalur PCIe4.0 dan mampu menyokong sehingga 12 palam SuperSpeed USB 3,2 10Gbps.

Kedua-dua CPU ini perlu menggunakan papan induk terbaru AMD yang dinamakan sTRX4. Oleh kerana pelbagai ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada siri CPU ini, ia tidak akan serasi dengan papan-papan induk siri Threadripper sebelum ini.

Menurut AMD Malaysia, AMD Ryzen Threadripper 3960X ini dijual pada harga RM5899 manakala AMD Ryzen Threadripper 3970X dijual pada harga RM8399.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd