Cari @ Amanz

Kerajaan telah mula memfokuskan kepada gaya hidup digital dan nirtunai sejak tahun ini, dan menjelang 2020, langkah berkenaan dilihat diperluaskan lagi. Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan pengenalan kebolehan pembayaran di klinik kesihatan menggunakan dompet digital Boost.

Untuk makluman, warganegara Malaysia akan dikenakan caj pendaftaran sebanyak RM1 untuk perkhidmatan kesihatan am, dan RM5 untuk perkhidmatan pakar. Caj berkenaan kini boleh dibayar menggunakan dompet digital Boost.

KKM Boost

Buat masa ini, projek rintis melibatkan empat klinik kesihatan, iaitu Klinik Kesihatan Cheras, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya, dan Klinik Kesihatan Seremban.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengatakan penggunaan dompet digital Boost di klinik kesihatan dan hospital akan diperluaskan secara berfasa dalam jangkamasa dua hingga tiga tahun lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd