Honor V30 Dan V30 Pro Dilancarkan Dengan Cip Kirin 990 Dan Bonjol Kamera Empat Segi

Honor V30 Dan V30 Pro Dilancarkan Dengan Cip Kirin 990 Dan Bonjol Kamera Empat Segi

Diterbitkan pada November 26, 2019 oleh .

Honor V30 dan V30 Pro dilancarkan secara rasmi di China sebentar tadi. Ini ialah peranti pertama keluaran Honor yang menyokong rangkaian 5G. Menarik sekali ialah ia juga peranti pertama mereka yang menggunakan rekaan bonjol kamera yang berbentuk empat segi tepat.

Honor V30 dilengkapi skrin 6.57″ LCD FHD+ dengan lubang kamera berbentuk bujur, dijana cip Kirin 990, memori sehingga 8GB dan storan sebesar 128GB. Kamera utama sebesar 40+8+8 Megapixel manakala kamera swafoto pula ialah 32+8 Megapixel. Kamera utama menggunakan sistem lensa lebar, ultra lebar dan telefoto. Bateri 4200 mAh yang disertakan boleh dicas dengan pengecas 40W.

Honor V30 Pro pula dilengkapi skrin 6.57″ LCD FHD+ dengan lubang kamera berbentuk bujur, dijana cip Kirin 990, memori 8GB dan storan sehingga 256GB. Kamera utama sebesar 40+12+8 Megapixel manakala kamera swafoto pula ialah 32+8 Megapixel. Kamera utama menggunakan sistem lensa lebar, ultra lebar dan telefoto. Bateri 4200 mAh yang disertakan boleh dicas dengan pengecas 40W.

Kedua-dua model dilengkapi pengimbas cap jari fizikal pada sisi kanan. Panel belakang didominasi dengan kamera yang terletak di dalam bonjol berbentuk empat segi tepat. Kamera boleh melakukan zum optikal 3X, zum hibrid 5X dan zum digital 30X. Pada waktu yang sama ia boleh merakam video 4K 60FPS atau 720P 960FPS.

Honor berjaya melancarkan peranti dengan bonjol empat segi tepat lebih awal berbanding Samsung. Di China kedua-dua peranti menyokong rangkaian 5G. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 10 dengan pelancar Magic UI 3.0.

Di China Honor 30 dijual pada harga bermula RMB 3299 (~RM 1959) manakala Honor V30 Pro pula pada harga bermula RMB 3899 (~RM 2315).



TIPS & ULASAN