Vivo X30 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Zum Sehingga 60x

Vivo X30 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Zum Sehingga 60x

Diterbitkan pada November 26, 2019 oleh .

Sokongan zum pada telefon pintar telah menjadi fokus beberapa pengeluar peranti pada tahun ini. Vivo kini nampaknya tidak ketinggalan, dan telah mula mengacah telefon pintar akan datang mereka, Vivo X30.

Vivo X30 ini dilihat akan turut memfokuskan kepada keupayaan zum, dimana Vivo dijangka menyertakan sokongan zum sehingga 60x melaluinya.

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi – tetapi peranti ini dijangka menawarkan sokongan zum secara digital sehingga 60x melalui penawaran gabungan empat kamera belakang padanya.

Disamping itu, telefon pintar ini turut dijangka menggunakan skrin pada kadar segar semula 90Hz, sokongan pengecasan pantas, dan menggunakan cip Exynos bersama dengannya.

Vivo mungkin melancarkan peranti ini seawal Disember 2019 ini.


TIPS & ULASAN