Redmi K30 Bakal Dilancarkan Pada 10 Disember Di China

Redmi K30 Bakal Dilancarkan Pada 10 Disember Di China

Diterbitkan pada November 27, 2019 oleh .

Redmi sebelum ini telah pun hadir dengan siri telefon pintar Redmi K yang menawarkan spesifikasi yang tinggi dengan beberapa ciri-ciri menarik, tetapi pada harga yang sangat kompetitif. Terbaru, mereka telah pun dalam perancangan untuk memperkenalkan variasi baru telefon pintar dibawah keluarga berkenaan.

Redmi K30

Dinamakan Redmi K30, ia hadir dengan rekaan menggunakan skrin berlubang dihadapan seumpama siri Galaxy S10 sebelum ini, selain turut dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Redmi mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan telefon pintar ini secara rasminya pada 10 Disember 2019 kelak. Ia bakal dilancarkan di China buat permulaan, sebelum ditawarkan untuk pasaran global pada bulan-bulan seterusnya.



TIPS & ULASAN