HP Elite Dragonfly Kini Di Pasaran Malaysia – Boleh Dibeli Pada Harga Permulaan RM6500
HP

HP Elite Dragonfly Kini Di Pasaran Malaysia – Boleh Dibeli Pada Harga Permulaan RM6500

Diterbitkan pada Nov 27, 2019 oleh .

Kebelakangan ini, terdapat beberapa jenama komputer yang telah melancarkan siri-siri komputer riba yang bukan sahaja nipis dan ringan, tetapi juga hadir dengan spesifikasi-spesifikasi yang cukup berkuasa.

Terkini, HP Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk komputer riba ringan dan berkuasa terbaru mereka, HP Elite Dragonfly ke pasaran tempatan.

 

Pada berat kurang daripada 1kg, HP Elite Dragonfly ini hadir dengan spesifikasi dalaman yang termasuk pilihan siri CPU Intel Core generasi kelapan, memori DDR4 sehingga 16GB dan juga pilihan storan SSD NVMe sebesar 2TB.

 

HP Elite Dragonfly ini hadir dengan paparan bersaiz 13.3 inci dengan resolusi Full HD yang boleh dilipat kebelakang, menjadikannya sebuah tablet yang berkuasa.

Satu maklumat yang menarik mengenai komputer riba ini ialah bahagian papan kekuncinya, khususnya bahagian keycap diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula, sebagai satu cara untuk syarikat tersebut mengurangkan pencemaran laut dan alam sekitar.

Jika anda memerlukan sebuah komputer riba dengan kelajuan internet yang pantas, HP Elite Dragonfly ini juga mempunyai pilihan dimana ia hadir dengan cip WiFi 6, sokongan internet terbaru di pasaran sekarang.

HP Malaysia berkata bahawa komputer riba HP Elite Dragonfly sudahpun mula dijual di pasaran tempatan dan boleh dibeli pada harga permulaan RM6500.



TIPS & ULASAN