FoodPanda Kini Turut Menawarkan Pembelian Barangan Runcit Melalui Aplikasi Mereka

FoodPanda Kini Turut Menawarkan Pembelian Barangan Runcit Melalui Aplikasi Mereka

Diterbitkan pada November 27, 2019 oleh .

FoodPanda merupakan salah satu aplikasi yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan untuk membuat tempahan makanan yang dihantar terus ke lokasi pembeli. Menariknya, kini selain daripada hanya menawarkan pembelian makanan, pihak FoodPanda turut telah mula memperluaskan kategori barangan pada aplikasi mereka.

FoodPanda Kedai Runcit

FoodPanda Kedai Runcit

FoodPanda kini dilihat membahagikan penawaran kepada “Restoran” dan juga “Kedai”. Untuk bahagian restoran, ia menawarkan pembelian makanan seperti biasa, sementara untuk “Kedai” pula, ia menawarkan kemudahan untuk membeli barangan runcit daripada sejumlah kedai-kedai berdasarkan kepada lokasi.

Buat masa ini, senarai kedai yang menyertainya masih terhad – dan berkemungkinan ciri ini masih diperingkat eksperimen awal oleh pihak FoodPanda. Daripada ujian kami secara ringkas, ia dilihat telah mula memaparkan pilihan penghantaran dari “Kedai” ini di Damansara, Shah Alam dan beberapa lokasi berhampiran.

Bagi anda yang menggunakan FoodPanda, mungkin boleh mencuba ciri baru ini hari ini.



TIPS & ULASAN