Cari @ Amanz

Asus ROG Phone adalah telefon pintar pertama Asus dalam siri ROG, yang mana peranti-peranti ROG Asus sebelum ini hanyalah komputer riba. Ia merupakan peranti gaming yang paling dahsyat dengan rekaan yang ranggi yang mempunyai nilai estetik seorang gamer, skrin kadar segar semula 120Hz dan sokongan pelbagai aksesori tambahan.

Ketika dilancarkan pada tahun 2018, ia agak ketinggalan kerana masih menjalankan sistem operasi Android Oreo, sedangkan jenama lain sudah beralih ke Android Pie. Hari ini, Asus mula mengedarkan secara rasmi kemaskini ZenUI 16.0410.1910.91 berasaskan Android Pie untuk peranti ini. Sayang sekali, peranti-peranti lain bersungguh-sungguh mengemaskini ke Android 10 – Asus baru sahaja memperkenalkan Android Pie. Berikut adalah senarai log perubahan dalam kemaskini ini;

  • Page Marker, ZeniMoji, Report Location in Safeguard, weather animation setting, AI charging dibuang
  • Aplikasi pengurus fail storan awan Yandex dibuang
  • Game Center to Armoury Crate dinaiktaraf dengan rekaan baharu
  • Menambah “Adaptive brightness”, “Adaptive Battery”, “sistem notifikasi baharu”, “pengurus ikon di bar status”, “perakam skrin”, dan “sandaran secara lokal” dalam tetapan
  • Panel Game Genie dinaiktaraf dengan ciri dan rekaan baharu
  • Menambah kawalan gestur Android Pie, tatal-ke-atas untuk ke skrin utama
  • Aplikasi cuaca kini menyokong ramalan 24 jam
  • Antaramuka Mobile Manager, Kenalan, Pengurus fail, Kalkulator, Jam, Galeri, dan Cuaca dikemaskini
  • Rekaan kawalan aras suara kini selari dengan rekaan Android Pie

Kemaskini sudah pun diedarkan sejak 28 November dan ia akan hadir ke semua peranti ROG Phone pertama yang mempunyai nombor model ZS600KL. Bagi pemilik peranti ini, semak notifikasi atau terus ke tetapan untuk lakukan kemaskini secara OTA.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd